The Beginning

The Beginning

Pageviews last month

Sunday, August 28, 2011

Gurindam Lebaran



Nukilan ini bukan madah karyawan
sekadar merenung hilangnya Ramadan
jauh nan sayup, malam seribu bulan
malam - malam yang menjanjikan sejuta kerahmatan
bagi insan-insan yang mengaku beriman
kini hanya tinggal dalam bayangan...

air mata ini, air mata kecelaruan
antara pilu ditinggal Ramadan
disulami sendu merai kemenangan
kalbu ku ini ditebak kegusaran
mungkinkah akan kutemui lagi wahai Tuhan?
Ramadan....penghulu segala bulan

Namun Syawal wajib kusyukuri
dengan takbir kebesaran Mu Ya Rabbi
aku sujud insafi diri
kembali kepada fitrah azali

Buat saudara, handai dan taulan
ku pohon rimbunan ampun dan kemaafan
khilafku cerminan lemahnya iman
tertunduk dek nafsu tertawan dek syaitan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minnal Aidil Wal Faizil....







1 comments:

Hakim KOT said...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin abg ajam...duit raya sila bank in msuk cimb ya..hehehe..

About Me

My Photo
Kertih, Malaysia
29 years ago under the tree at the Hospital Tg Karang parking area...i was born. Sounds cartoon but its true. People said i am talkative but i am not. I m just vocal n critical over issues that others don't bother to talk about. On top of that i m just a normal human being...friendly but sometime firm heee